Salam hormat,
Plugin dan pengguna Worpress Self-hosted memang tidak dapat dipisahkan. Itulah antara kelebihan pengguna WordPress Berbayar yang membezakannya dengan platform blog lainnya selain widget WP sedia ada. Biarpun begitu, masih ada yang tidak tahu cara memasang plugin WP dengan betul terutamanya kepada mereka yang baru (newbie) berhijrah ke WP.
Apa itu Plugin WordPress (WP)?
Plugin WP adalah suatu tools atau aplikasi tambahan yang boleh diintegrasikan bersama platform WordPress untuk memberikan fungsi tambahan selain daripada aplikasi standard WP.
Secara asasnya, jika widget biasanya boleh dilihat penggunaannya di sidebar blog / web namun tidak semestinya kepada plugin. Ini kerana fungsi Plugin tidak terhad hanya kepada widget, malah mungkin juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan yang boleh memberi kelebihan kepada sesebuah blog / web tersebut misalnya untuk tujuan SEO dan seumpamanya.
Tutorial Asas Cara Memasang Plugin WP
Cara memasang plugin WP secara asasnya terbahagi kepada 3 :-
- Install terus daripada Direktori Plugin WP melalui Dashboard WP (recommended)
- Download dari Pembangun Aplikasi Plugin dan upload ke Dashboard WP
- Install ke hosting cPanel anda menggunakan software FTP
Cara 1 : Install terus daripada Direktori Plugin WP (recommended)
- Login ke admin WordPress anda
- Dashboard → Plugins → Add New → Search
- Cari plugin pilihan anda dalam Direktori Plugin WP
- Pilih Plugin yang dikehendaki (boleh lihat link ‘details’ untuk melihat penerangan lanjut mengenai plugin dari Developer plugin)
- klik ‘install’
- Aktifkan setelah selesai installation.
Cara 2 : Download dari Pembangun Aplikasi Plugin dan upload ke Dashboard WP
- Login ke admin WordPress anda
- Dashboard → Plugins → Add New → Upload
- Download fail plugin dari Pembangun Plugin (fail dalam format ZIP) ke komputer anda
- Browse dan Pilih fail plugin (dalam format ZIP) dalam komputer anda
- klik ‘Install Now’
- Aktifkan setelah selesai installation.
Cara 3 : Install ke hosting cPanel anda menggunakan software FTP
**Perhatian : Cara ini sedikit advance dan tidak digalakkan untuk pengguna newbie WP bagi mengelakkan kehilangan fail / data secara tidak sengaja dalam cPanel.
- Buka software FTP anda (contoh ini menggunakan software FileZilla)
- Masukkan data di ruangan Host (ftp.domainanda.com), Username (Username cPanel) dan Password (password cPanel)
- Klik QuickConnect
- Browse fail dalam komputer anda (pastikan fail ZIP telah di’extract’ terlebih dahulu.
- Cari folder yang menempatkan Plugin dalam cPanel anda
- Copy dan Paste fail plugin pilihan dari komputer anda ke dalam folder plugin cPanel anda
- Login kembali ke adminWordpress anda
- Dashboard → Plugins → Installed Plugin
- Cari plugin yang di’install’ sebelum ini dan aktifkan.
Biarpun terdapat pelbagai plugin yang ditawarkan baik dari Direktori Plugin WordPress mahupun dari Pembangun Aplikasi, anda tidak digalakkan menggunakan terlalu banyak plugin dalam satu-satu masa. Ini kerana penggunaan plugin berlebihan dan tidak berkualiti adakalanya boleh memberikan kesan negatif kepada laman blog / web kita.
p/s – Untuk Kelebihan dan Kekurangan Penggunaan Plugin akan dikongsikan dalam entri akan datang.
{ 0 comments… add one now }
{ 1 trackback }